Anak-anak
yang tidur dengan lampu menyala akan berisiko mengidap leukemia. Para
ilmuwan menyatakan bahawa tubuh perlu suasana gelap untuk menghasilkan
bahan kimia bagi melawan kanser. Bahkan ketika menyalakan lampu tandas,
lampu tidur,lampu-lampu jalanan dan sebagainya dapat menghentikan
penghasilan bahan melatonin.
Tubuh memerlukan bahan kimia
untuk mencegah kerosakan DNA dan ketiadaan bahan melatonin tersebut akan
menghentikan asid lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.
Prof.
Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut
mengatakan “Sekali anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 minit,
otak anda segera mengesan bahawa lampu menyala seharian dan penghasilan
bahan melatonin menurun”.
Jumlah anak-anak yang mengidap
leukimia meningkat dua kali ganda dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar
500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosis menderita penyakit ini
setiap tahun dan sekitar 100 orang meninggal.
Sebuah persidangan
berkaitan tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan
bahawa mereka menderita kanser akibat terlalu lama memasang lampu waktu
tidur di malam hari berbanding dengan yang tidak pernah memakai lampu
waktu tidur.
Hal ini menekan penghasilan melatonin di mana
secara normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian
terdahulu telah menunjukkan bahawa orang-orang yang paling mudah
diserang adalah para pekerja shif yang memiliki risiko terkena kanser
payudara.
Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak terdedah
terhadap melatonin dan memiliki risiko yang lebih rendah untuk mengidap
kanser. Maka para ibu bapa disarankan untuk menggunakan lampu tidur yang
suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada
kegelapan.
Maha suci Allah yang menciptakan malam dan siang di
mana waktu malam itu dijadikanNya gelap gelita supaya hamba-hambaNya
dapat merehatkan tubuh badan yang penat bekerja di siang hari. Begitulah
fitrah kejadian manusia di mana Allah Maha Mengetahui apa keperluan
hamba-hambaNya kerana Dialah yang menciptakan kita semua. Maka nikmat
TuhanMu yang mana engkau dustakan. Wallahua’lam
0 comments: