Thursday, 18 October 2012

Newspaper Cup: Harimau Muda mara separuh akhir

Newspaper Cup: Harimau Muda mara separuh akhir


Harimau Muda
Pasukan Harimau Muda
 
SKUAD Harimau Muda (bawah 21 tahun) menempah tempat ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Jemputan VFF Newspaper Cup setelah mencatat kemenangan 4-2 ke atas Sydney FC di Stadium Pleiku, Vietnam hari ini.

Syahrul Azwari beraksi cemerlang apabila menyumbangkan dua gol pasukan Harimau Muda pada minit keenam dan ke-18.
Pada babak kedua, pasukan Sydney FC bangkit memperkemaskan jentera serangan untuk merapatkan kedudukan namun usaha mereka mudah dipatahkan skuad bimbingan Ong Kim Swee.

Sebaliknya, Hazwan Bakri menambah duka pasukan dari Australia itu apabila menyumbat masuk gol ketiga Harimau Muda pada minit ke-76.
Namun, kelekaan barisan pertahanan Harimau Muda membawa padah apabila Christopher Naumoff dan Peter Triantis, masing-masing menjaringkan dua gol pasukan Sydney FC pada minit ke-78 dan ke-80.

Tersentak dengan dua jaringan tersebut, skuad Harimau Muda pantas bangkit melebarkan kedudukan menerusi jaringan pemain tengah, Irfan Fazail pada minit ke-84.
Harimau Muda yang menjuarai Kumpulan B akan bertemu juara Kumpulan A iaitu sama ada Vietnam atau Thailand pada separuh akhir yang dijadual berlangsung pada Jumaat ini. - Bernama

Wednesday, 19 September 2012

Afgan kehilangan cinta

Afgan kehilangan cinta


Afgan
Afgan
 
Sepanjang berkarya dalam industri muzik tempatan, penyanyi bersuara lunak, Afgan tidak pernah memperkenalkan seseorang wanita sebagai kekasih hatinya.

Bagaimanapun, penyanyi yang terkenal dengan lagu Terima Kasih Cinta ini mengakui pernah kehilangan seorang wanita yang dicintainya.

"Itu semua telah berlalu dan saya tidak mahu perasaan itu terus membelenggu diri saya. Bagi saya apa yang berlaku itu ada hikmahnya.

"Buat masa sekarang, saya perlu mengutamakan karier saya sebagai penyanyi kerana saya terlalu muda untuk memikirkan soal cinta dengan serius," katanya.

Tuesday, 18 September 2012

Peter Butler: Hukuman mengejutkan

Peter Butler: Hukuman mengejutkan


Peter James Butler
Peter James Butler 
 
KUALA TERENGGANU –   Pengendali pasukan Terengganu, Peter Butler menganggap hukuman yang dikenakan terhadapnya  adalah suatu yang mengejutkan dan mengambil keputusan ‘mengunci mulut’ berhubung keputusan itu.

Menurutnya, beliau terkejut dengan keputusan itu dan enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana beliau masih belum menerima `hitam putih’ daripada pihak berkenaan.

“Saya masih menunggu surat rasmi daripada pihak PBSNT,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Peter Butler digantung 6 bulan, denda RM4,000

Peter Butler digantung 6 bulan, denda RM4,000


Peter James Butler
Peter James Butler 
 
KUALA TERENGGANU - Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) memutuskan untuk menggantung jurulatih Terengganu Peter Butler selama enam bulan mulai esok dan mengenakan denda RM4,000 terhadap jurulatih dari England itu.
  
Pengerusi jawatankuasa itu, Ahmad Shukri Zakaria berkata Butler dikenakan hukuman itu bagi kesalahan mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung dakwaan salah laku dua pemain Terengganu membawa wanita masuk ke bilik mereka tanpa terlebih dahulu melaporkannya kepada pihak pengurusan.
  
Beliau berkata pemain terbabit, Mohd Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi, mengaku keluar serta balik ke hotel lewat malam hampir pukul 3 pagi sebelum perlawanan Terengganu menentang Kedah di Alor Setar pada 28 Ogos lepas.
  
"Mesyuarat mengambil keputusan untuk memberi amaran keras kepada kedua-dua pemain itu, dan mengenakan denda sebanyak RM1,000 seorang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu hari ini.
  
Turut hadir Yang DiPertua PBSNT, yang juga Pengurus Pasukan Terengganu Datuk Che Mat Jusoh dan Timbalan Yang DiPertua PBSNT Sheikh Tajudin Sheih Yusof.

"Bagi kesalahan kedua (iaitu) bertindak biadap terhadap penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee pula, Butler dikenakan potongan gaji sebanyak 15 peratus daripada gaji pokok untuk sebulan.
  
"Butler melakukan kesalahan itu di tepi padang di hadapan penonton ketika perlawanan antara Terengganu dan Kedah pada 1 Sept lalu," katanya.
  
Ahmad Shukri berkata Mohd Sharbinee diberi amaran keras di samping denda RM1,000 kerana bertindak membaling botol ke arah Butler dalam insiden itu.
  
Beliau juga berkata bagi Forkey Do yang didakwa menyiku dan menendang pemain Kedah semasa bola tidak ada dalam kawalan pada perlawanan sama, jawatankuasa itu memutuskan untuk memotong 10 peratus gaji pemain Liberia tersebut selama sebulan.
  
Sementara itu, Che Mat berkata buat masa ini, Butler masih lagi jurulatih Terengganu sehingga kontrak beliau tamat November tahun depan.
  
"Apapun kita akan membuat persediaan awal dari segi pemain dan jurulatih bagi menghadapi saingan Liga Malaysia yang dijangka lebih sengit tahun depan," katanya. - Bernama

Saturday, 15 September 2012

Britney Spears juri pilihan penonton

Britney Spears juri pilihan penonton


Britney Spears
Britney Spears 
 
WALAUPUN pertama kali menjadi juri program realiti, kemunculan Britney Spears dalam rancangan The X Factor mendapat pujian ramai.

Spears tampil dalam program yang memulakan siarannya, Rabu lalu itu bersama penyanyi remaja, Demi Lovato, serta dua juri dari musim terdahulu, Simon Cowell dan LA Reid.

Bagaimanapun, Spears menjadi juri yang mendapat tepukan paling gemuruh penonton setiap kali melontarkan komen kepada peserta.

Kebanyakan penonton menyukai cara Spears memberi komen yang disifatkan lembut, tetapi tegas. Kehadiran puteri pop itu juga dilihat bakal menenggelamkan Cowell yang selama ini terkenal dengan kritikan pedasnya.

Britney Spears
Kelantan balas dendam, benam Terengganu 6-1

Kelantan balas dendam, benam Terengganu 6-1


Piala Malaysia
Piala Malaysia
 
MISI  Kelantan untuk membalas dendam  kekalahan kepada Terengganu pada perlawanan pertama sebelum ini kesampaian apabila berjaya menundukkan skuad Penyu 6-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Dengan kemenangan Kelantan, ia meletakkan anak buah Bojan Hodak  di kedudukan teratas Kumpulan B, sekali gus melayakkan diri ke suku akhir mengiringi Angkatan Tentera Malaysia dalam Piala Malaysia 2012.

Pada mulanya, kedua-dua pasukan dilihat mempersembahkan corak permainan berhati-hati dan bola banyak berlegar di kawasan tengah padang.

Namun, Kelantan yang bermain di halaman sendiri mula menemui rentak dan mula  mengasak ke gawang lawan.

Akhirnya, pemain pinjaman dari Kuala Lumpur, Afiq Azmi berjaya menceriakan penyokong tuan rumah dengan  membuka jaringan awal  pada minit ke-13.

Terengganu yang tersentak dengan jaringan awal Kelantan, cuba membalas serangan ke arah  gawang lawan tetapi berjaya dihalang oleh pertahanan Kelantan.

Sebaliknya, pada babak akhir separuh masa pertama, Kelantan menjaringkan gol kedua menerusi Nor Farhan Mohammad untuk berada dalam keadaan selesa di depan.

Bersambung babak kedua, tidak sempat anak buah Peter Butler mengatur strategik, Kelantan sekali lagi menjaringkan gol ketiga menerusi Nor Farhan Mohammad pada minit ke-47.

Terengganu terus dihimpit tekanan apabila Kelantan terus berpesta gol pada minit ke-75 dan ke-81 menerusi Mohd Badri Radzi.

Skuad penyu yang tersentak mula melancarkan serangan bertali arus dan hasilnya pada minit ke-78 berjaya menjaringkan gol pertama menerusi Mohd Hafnizam.

Namun, Terengganu terus dihukum dengan kelincahan Indra Putra apabila  mengesahkan kemenangan pasukan tuan rumah dengan  menjaringkan gol keenam pada minit ke-84.

Pada aksi suku akhir pertama,  Kelantan akan bertemu naib juara Kumpulan C, , Felda United pada 28 September ini.
KL mungkin tidak sertai Liga Perdana musim depan

KL mungkin tidak sertai Liga Perdana musim depan


Astaman Abdul Aziz
Astaman Abdul Aziz 
 
KUALA LUMPUR berkemungkinan tidak akan beraksi pada Liga Perdana musim depan ekoran kegagalan mencari penaja yang sesuai untuk menampung kos pengurusan pasukan tersebut setakat ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, mereka tidak menolak kemungkinan menarik diri daripada Liga Malaysia tahun depan sekiranya mereka masih gagal mencari penaja yang sesuai.  

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menetapkan setiap pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia mempunyai dana yang mencukupi untuk kos pengurusan pasukan selama semusim termasuk pembayaran gaji pemain dan staf kejurulatihan

"Kita masih berhasrat untuk beraksi dalam Liga Perdana musim depan namun kita masih gagal memenuhi prasyarat yang ditetapkan oleh FAM," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan KLFA di Kuala Lumpur, malam tadi.

Pasukan Kuala Lumpur terpaksa turun ke Liga Perdana musim depan selepas menduduki tangga tercorot Liga Super musim ini tanpa mencatatkan sebarang kemenangan dalam 26 perlawanan.
Ditanya mengenai hala tuju pemain skuad warga kota untuk saingan musim depan, Astaman berkata persatuan tersebut tidak menghalang mana-mana pemainnya untuk berhijrah ke pasukan lain.
"Setiap daripada pemain kita mempunyai kontrak yang berbeza-beza... ada yang setahun, dua tahun...jadi kita bersedia untuk melepaskan mereka menyertai pasukan lain sekiranya keadaan kewangan kita tidak mengizinkan," katanya.

Sebelum ini, FAM mengesahkan wakil kelab dari Johor iaitu MP Muar tidak akan beraksi dalam saingan Liga Perdana musim depan selepas dikatakan menghadapi masalah kewangan.
Tempat mereka bakal diisi antara wakil kelab dari Pahang, Shahzan Muda dan wakil kelab Negeri Sembilan, Betaria FC dalam perlawanan kalah mati yang dijadualkan berlangsung pada 6 Oktober ini. - Bernama

Sunday, 2 January 2011

Thursday, 30 December 2010

Rio Ferdinand Puji Kemenangan Malaysia


Ferdinand ucap tahniah

KEJAYAAN skuad negara menjulang Piala AFF Suzuki buat kali pertama dalam tempoh 14 tahun dengan menewaskan Indonesia 4-2 secara agregat bukan hanya mendapat pujian peminat tempatan dan pemimpin tertinggi negara, malah pemain bek tengah Manchester United, Rio Ferdinand turut mengucap tahniah dan memuji pasukan negara.

“Saya pernah menentang skuad bawah 23 tahun Malaysia 18 bulan lalu, mereka sebuah pasukan yang bagus. Tahniah kepada Malaysia,” kata pemain itu di laman sosial twitter.com peribadinya.

sumber : myMetro



suarapeople : saya suka man utd :) glory~glory~

Wednesday, 29 December 2010

Garuda Menjadi Pipit - Menang Tapi Sia-Sia

Indonesia 2-Malaysia 1,tapi kemenangan garuda adalah sia-sia kerana malaysia yang berbekal 3 gol menang secara aggt : 4 - 2

Tahniah Malaysia! Malaysia Juara Piala Suzuki 2010

Malaysia Gegarkan Stadium Gelora Bung Karno

Bola...Bola...Bola....suarapeople dah demam bola final dah nih...aduhh

Tahniah Khairul Fahmi Che Mat sebab dah selamatkan penalti tadi..hohohoho hancur lah harapan indonesia!!!!!!!!mungkin bakal jadi pemain terbaik final piala suzuki 2010
harap-harap Malaysia AFF Suzuki Cup 2010 Championship
kalau dilihat tadi,banyak gile kan laser kat muka khairul fahmi.. h0h0h00h
jom tweet ramai-ramai #indonesiacheatlaser
hahahhahaha

Malaysia Juara Piala Suzuki 2010

Alhamdulilah...setelah 14 tahun menanti..akhirnya Malaysia menjuarai piala suzuki 2010 untuk edisi kali nih..
Tahniah harimau muda! tahniah juga kepada penyokong-prnyokong malaysia! anda hebat! kita semua hebat!

mungkinkah Malaysia Juara Piala Suzuki 2010 ? sama sama kita doa kan..masih ada 45 minit lagi

ramalan je tu..hehehe hope jadi kenyataan..


keputusan semasa separuh masa pertama : Malaysia 0 - Indonesia 0




suarapeople : dah target dah malaysia pasti jadi AFF Suzuki Cup 2010 Championship dahh

Penyokong Malaysia Bersedia Gegarkan Stadium Gelora Bung Karno


BEKALAN tiga gol dibawa pasukan negara ke Stadium Gelora Bung Karno boleh dianggap selesa andai pemain negara mampu menyerap tekanan beraksi di depan puluhan ribu penyokong fanatik pasukan tuan rumah hari ini.

Namun mereka tidak bersendirian berjuang kerana sekumpulan 300 penyokong pasukan kebangsaan memperjudikan keselamatan yang menjadi faktor tidak diberi jaminan.




Peminat dari Selangor, Kelantan dan Johor yang dikumpulkan Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) dan Gerbang Tempur Penyokong Bola Sepak Malaysia (Ultras Malaya) berlepas ke Jakarta, semalam.

Presiden SSFC, Mohd Nasir Mohd Yunus berkata kehadiran penyokong negara di sana itu sudah dimaklumkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai jaminan keselamatan.


Penyokong Malaysia tidak perlu takut kerana kekalutan mungkin hanya berlaku ketika perlawanan saja dan tidak akan merebak di luar stadium namun saya ingatkan penyokong agar sentiasa berwaspada,” katanya.


berita lanjut sila ke : myMetro


suarapeople : garuda pasti menjadi pipit !!!! ayuh harimau! makan sama garuda!

Sunday, 26 December 2010

Malaysia Menang Final Piala Suzuki 2010

Tahniah buat malaysia kerana menang pusingan pertama final piala suzuki 2010 :)

Keputusan Penuh Perlawanan Final Piala Suzuki

MALAYSIA VS INDONESIA
Malaysia Menang 3 - 0
Hasil jaringan : Safee Sali,Ashari samsudin,safee sali

Tahniah Malaysia Menang!! Tahniah Tahniah! Malaysia Boleh!




suarapeople : meriah disini walaupun bukan di bukit jalil! mercun dipasang seakan akan sambut merdeka! tahniah Malaysia! Tahniah My hero Shahrul Idlan Talaha
Safee Sali Top Scorer AFF Suzuki Cup 2010

Safee Sali Top Scorer AFF Suzuki Cup 2010

Photobucket


Safee Sali Penjaring terbanyak Piala Suzuki 2010 dengan meledakkan 4 goal :)
2 goal safee sali hadir pada final piala suzuki 2010

suarapeople nak share biodata safee sali



Mohd Safee Mohd Sali (lahir pada 29 Januari, 1984) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai penyerang untuk Selangor FA. Dia memakai jersi bernombor 10 untuk Selangor FA iaitu nombor yang pernah dipakai oleh lagenda Malaysia dan Selangor, allahyarham Mokhtar Dahari. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Pencapaian

* Juara Pestabola Merdeka 2007
* Juara Piala Sumbangsih 2009 & 2010
* Juara Piala FA Malaysia 2009
* Naib Juara Piala FA Malaysia 2007/08
* Naib Juara Piala Malaysia 2007/08
* Juara Piala Suzuki 2010 ( MUNGKIN KAH? )

Shahrul Idlan Talaha Wira Malaysia



Terima kasih,walaupun bukan jaringan nya..tapi hasil dua gerakannya yang membuahkan 2 goal yang amat bermakna buat negara! tahniah shahrul idlan :) anda hebat!
Malaysia menang! malaysia menang! yahooooo!!!

update : malaysia 3,indonesia 0

senarai penjaring goal malaysia :

  1. safee sali
  2. asahri ( xtau hahaha )
  3. safee sali

Keputusan Penuh Final Piala Suzuki 2010 - Malaysia Vs Indonesia


tak sabar menanti keputusan penuh perlawanan akhir piala suzuki 2010 antara malaysia vs indonesia di bukit jalil..harap pasukan bola sepak malaysia mencapai kemenangan yang selesa untuk membawa bekalan ke indonesia pula.. :)

Separuh Masa Pertama : Malaysia 0 - indonesia 0






Malam yang penuh debaran bagi pasukan malaysia,saat yang kita tunggu,mungkinkah sejarah akan dicipta pada malam final piala suzuki 2010 ini.

Jom tengok live final piala suzuki 2010 di RTM dan astro.. =)
 keputusan final piala suzuki 2010 pusingan pertama akan diupdate selepas perlawanan,syok nak tengok dulu

suarapeople : predict anda? suarapeople rasa lah kan malaysia menang 2-0 :)

Kekalahan 1-5 sudah dilupakan


"KEKALAHAN 1-5 kepada Indonesia tempoh hari sudah lama berlalu. Saya takkan fikir lagi kerana ia sudah tidak bermakna lagi. Lagipun Real Madrid pun boleh kalah 0-5 kepada Barcelona.

"Kami sudah melupakannya. Final esok (hari ini) merupakan perlawanan yang berbeza dan kami tidak takut dengan kekalahan 1-5 itu. Saya yakin barisan pemain muda kami akan melaksanakan tugas dengan baik."

Demikian jelas jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal sejurus tamat sesi latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam sebagai persiapan terakhir sebelum menentang Indonesia pada final pertama Piala AFF Suzuki 2010 malam ini.

Malaysia dibelasah 1-5 oleh Indonesia pada aksi sulung peringkat kumpulan di Jakarta pada 1 Disember lalu tetapi ketika itu, kesemua lima gol tersebut bukan kerana kehebatan Indonesia tetapi hanya kesilapan individu oleh pemain pertahanan Malaysia.
sumber : kosmo


suarapeople : xsabar nak tengok live final piala suzuki 2010

Saturday, 25 December 2010

Ultras Malaya Bakal Gegarkan Bukit Jalil


Pasukan sorak fanatik Malaysia,Ultras Malaya yg akan menggegarkan Bukit Jalil Besok!
untuk
Final Piala Suzuki 2010

lokasi kedudukan ultras malaya di bukit jalil esok : tengok sini

Jom Layan Video Pasukan Sorak Fanatik Malaysia ini.







SUARAPEOPLE : harap semua pakai baju kuning + hitam...jom kita berikan sokongan ke atas pasukan bolasepak kita. :) Malaysia Boleh!

Monday, 20 December 2010

AFF Suzuki Cup 2010 - Jadual Final Piala Suzuki 2010

Jadual Final Piala Suzuki 2010

Semoga Malaysia Juara Piala Suzuki 2010,semoga mencapai kemenangan yang bergaya cewah!!

Harapkan tuah bermain di halaman sendiri 1st game,cari gol banyak2 ;p

suarapeople : merasai debaran final AFF Suzuki Cup 2010