Bunga Cinta Lestari
Aksi yang dipersembahkan pada konsert itu ternyata memberi impak buat semua peminat yang merindui kumpulan kegemaran mereka yang sebelum ini dikenali sebagai Peterpan.
Turut bangga dengan persembahan itu, penyanyi jelita, Bunga Citra Lestari mengakui prestasi Noah menerusi konsert itu ternyata masih lagi bertenaga.
"Saya kagum dengan persembahan Noah. Stamina kumpulan ini masih sama seperti dulu dan melalui konsert ini saya juga mempelajari sesuatu.
"Sebagai penyanyi, saya mahu menonton lebih banyak konsert kerana selain daripada memberi sokongan kepada teman seperjuangan, saya juga mahu belajar untuk menguasai pentas ketika membuat persembahan konsert ,"katanya
Bunga turut ditemani suaminya, Ashraf Sinclair untuk menyaksikan konsert Tentang Bahtera tersebut.
0 comments: