Wednesday, 19 September 2012

Afgan kehilangan cinta


Afgan
Afgan
 
Sepanjang berkarya dalam industri muzik tempatan, penyanyi bersuara lunak, Afgan tidak pernah memperkenalkan seseorang wanita sebagai kekasih hatinya.

Bagaimanapun, penyanyi yang terkenal dengan lagu Terima Kasih Cinta ini mengakui pernah kehilangan seorang wanita yang dicintainya.

"Itu semua telah berlalu dan saya tidak mahu perasaan itu terus membelenggu diri saya. Bagi saya apa yang berlaku itu ada hikmahnya.

"Buat masa sekarang, saya perlu mengutamakan karier saya sebagai penyanyi kerana saya terlalu muda untuk memikirkan soal cinta dengan serius," katanya.
Previous Post
Next Post
Related Posts

0 comments: