Tuesday, 6 November 2018

[VIDEO] 8 Tahun Berlalu, Luna Maya Kongsi Cerita Sedih Saat Video Panas Tersebar

Seperti yang diketahui ramai, nama Luna Maya benar-benar ‘panas’ apabila video se ks dengan bekas vokalis Noah, Ariel tersebar luas beberapa tahun lalu.

Biarpun Ariel telah pun menjalani hukuman penjara atas kes tersebut, sehingga kini kisah antara mereka masih lagi diperkatakan umum.


Foto: Liputan6

Selepas 8 tahun, Luna Maya akhirnya bercerita soal saat-saat sulit yang dihadapi setelah kes tersebut tiba-tiba menjadikan dirinya sensasi. Hal ini ia ceritakan menerusi sebuah wawancara dalam YouTube Boy William, Nebeng Boy.

Rentetan daripada isu panas itu reputasi Luna terjejas teruk. Dia menghilangkan diri seketika untuk meredakan kes yang sedang memuncak itu.

“Awal-awal yang paling terasa itu adalah tahun pertama pada tahun 2010, pada waktu itu yang penting saya terlepas dari dijatuhkan hukuman,” ungkap Luna Maya.

“Tapi setelah kes perbicaraan selesai, saya merasakan semua meninggalkan saya,” katanya.
Ya, Luna Maya kehilangan banyak pekerjaan di dunia hiburan. Tak hanya itu, rakan-rakan rapatnya pun satu persatu meninggalkan artis berusia 35 tahun tersebut.

“Jika mahu disebut, banyak jenama besar, stesyen TV, bahkan teman-teman pun menjauhkan diriku. Contoh jika sebelum ini ada 10 pekerjaan yang ditawarkan, terus hanya tinggal tiga atau empat. Take it or leave it gitu,” jelasnya.




Cinta Sejati. Kisah Seorang Wanita Kental Cari Rezeki Demi Jaga Suami Hilang Ingatan Lepas Kemalangan



Sesebuah perkahwinan tidak sah jikalau tidak diuji. Ada pasangan diuji dengan dugaan isteri mahupun suami curang dan ada juga yang menerima ujian ahli keluarga terkena penyakit sukar diubati. Tidak terlepas daripada ujian, pasangan suami isteri muda ini pula diuji dengan kemalangan yang menimpa perkahwinan mereka.

Menurut Nona, wanita dikenali sebagai Siti Rohayu Ibrahim menjalani hidup yang bahagia dan dikurniakan dua cahaya mata setelah beberapa tahun mendirikan rumah tangga bersama pasangannya Muhamad Ridhwan Mohd Zaki. Perkahwinan mereka diuji apabila Ridhwan tiba-tiba koma akibat nahas jalan raya tahun lalu.

Saat suaminya terlantar di katil hospital tanpa memberikan sebarang reaksi, Rohayu tanpa jemu menjaga suaminya. Wanita tabah ini yakin bahawa suaminya akan kembali sihat seperti sedia kala apabila dia sedar daripada koma nanti. Berkat kesabaran, Rohayu sangat gembira apabila Ridhwan akhirnya sedar dari komanya yang panjang.

Pun begitu, Rohayu langsung tidak menjangkakan bahawa ingatan suaminya yang telah sedar itu tidak seperti dulu lagi. Ridhwan sudah terjaga daripada koma namun kini hilang ingatan dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Tidak terkesan dengan dugaan yang menimpa, Rohayu tetap bersemangat menjaga Ridhwan tanpa rasa lelah.

Setiap hari ada sahaja kata-kata semangat diberikan Rohayu kepada Ridhwan untuk merangsang kembali memori suaminya yang telah hilang disamping gigih mencari jalan menyara kehidupan mereka sekeluarga. Terdahulu, Rohayu terpaksa menjual kereta kepunyaan suami dan menyewa ambulan untuk ke hospital. Rohayu juga menceburi bidang perniagaan demi mendapatkan pendapatan.

“Alhamdulillah, kebahagiaan pasti akan muncul setelah ditimpa pelbagai ujian. Allah dah buktikan segala-gala asalkan niat kita betul dan kita ikhlaskan diri. Syukur pada Allah pintu rezeki terbuka luas, rezeki datang pelbagai cara, saya tak jangka kehidupan kami dari ditimpa ujian sampai ke hari ni dapat bertahan.”

Terkini, Rohayu yang gemar berkongsi kisah keluarganya di laman Facebook telah menulis sebuah buku menceritakan tentang dirinya dan suami. Naskhah tersebut yang berjudul 100 Hari Catatan Menggapai Syurga Terindah bakal dijual pada 1 Mac depan. Tidak berputus asa, berbagai cara difikirkan wanita tabah ini demi menyara keluarga dan suaminya.

Rohayu memaklumkan bahawa dia akan sedaya upaya mencari ikhtiar agar suaminya dapat bangun dan berjalan semula. Semoga Ridhwan akan sembuh tidak lama lagi dan pasangan suami isteri ini dapat menjalani alam rumah tangga seperti dulu.
Oleh

Al-Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas

Ketahuilah bahwa seorang suami adalah pemimpin di dalam rumah tangga, bagi isteri, juga bagi anak-anaknya, karena Allah telah menjadikannya sebagai pemimpin. Allah memberi keutamaan bagi laki-laki yang lebih besar daripada wanita, karena dialah yang berkewajiban memberi nafkah kepada

isterinya. Dan Allah Ta’ala berfirman:

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ
“Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (perempuan), dan karena mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dan hartanya.” [An-Nisaa’ : 34]
Oleh karena itu, suami mempunyai hak atas isterinya yang harus senantiasa dipelihara, ditaati dan ditunaikan oleh isteri dengan baik yang dengan itu ia akan masuk Surga.

Masing-masing dari suami maupun isteri memiliki hak dan kewajiban, namun suami mempunyai kelebihan atas isterinya.

Allah Ta’ala berfirman:

وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
“Dan mereka (para wanita) memiliki hak seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang pantas. Tetapi para suami mempunyai kelebihan di atas mereka. Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana.” [Al-Baqarah : 228]
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Gnews
Sumber: lobakmerah

Thursday, 19 July 2018

'Bila doktor kata kanser dah stage 4, aku dah hilang arah' - Gadis 23 tahun disahkan hidap kanser limfoma tahap 4


Usianya masih muda, namun disahkan menghidap kanser limfoma. Hati siapa yang tak risau apabila ditimpa ujian sebegini. Tahu-tahu pula kanser yang dihidap itu sudah mencapai tahap keempat. Di waktu ini, sokongan dari orang di sekeliling yang amat diperlukan selain pesakit itu sendiri perlu bangkit melawan penyakit tersebut.
23 tahun dah hari ini, start semalam. Hahaha! Aku baru kerja setahun, belum sah jawatan lagi. Baru nak rasa pikul tanggungjawab itu. Erm, dah sakit. Aku sakit sejak tahun lepas lagi. Demam berpanjangan sampai dua bulan. Malam-malam, badan panas sangat.
Hujung bulan 12, sakit belakang pula. Bila x-ray, tiada apa-apa. Rujuk ortho dan fisio. Aku pergi TCA. Aku banyak MC masa kerja sebab aku tak tahan sangat. Aku sakit, aku telan ubat tahan sakit. Tak jalan dan masih sakit tetapi aku masih boleh berjalan.
Awal 2018, aku mula demam balik, batuk dan tumbuh biji-biji di leher. Huhuhu. Aku jumpa doktor hospital, doktor kampung pun aku jumpa tetapi masih jgua sakit. Biji-biji itu pula bertambah semakin banyak dan aku mula semput, berpeluh waktu malam dan cepat letih.
28 April 2018, aku kerja syif pagi. Masa itu memang tengah semput, tapi SR suruh pergi klinik staff sebab tengok aku tak sihat. Aku naik motosikal buruk aku pergi klinik staff (nak pergi ED masa tu tapi malu dan takut sebab aku bukan staff sana dah).
Di klinik staff buat x-ray, ambil darah semua. Doktor kata paru-paru ada air, lungs teruk sangat dan refer medical, suspek TB pula. Maka admit wad.
Di wad, aku punya diagnos macam-macam. Buat sputum tiga kali, negatif. Ambil biopsy di leher, di lung, tak dapat detect juga. Aku dah on ubat tibi dah, pahit, banyak dan tak sedap pula tu. Huhuhu. Last-last ambil biopsy di celah paha, ambil biji tu dan seminggu selepas itu baru tahu limfoma.
Eh, sepanjang aku di wad, aku semput. Dari tak pakai oksigen, kena pakai high flow mask. Nasib tak intubate. Thanks Dr Janani. Banyak prosedur dengan dia dan the best doktor ini banyak bagi support dan tolong aku. Aku kena cucuk sana sini, di belakang, tepi, nak buang air.
Bayangkan apa yang aku rasa?
 








 


Pleural taping banyak kali. Chest tube aku tiga kali kena. Kiri kanan pula tu. Sakit dan pedih tapi nak buat macam mana kan? Kalau tak, aku semput dan tak boleh bernafas. Seksa weh! Aku rasa saat nak hilang nyawa itu macam mana. Allah bagi aku rasa.
23 Mei 2018, diagnos cancer lymphome. 24 Mei 2018, dipindahkan ke Hospital Ampung. Petang, doktor review kata dah stage 4. Aku hilang arah dah pada waktu itu. Air mata bertan-tan juga. Tengok ak di sebelah, lagi aku bertambah sedih. Lama kelamaan aku redha dan aku cuba lawan.
Sekarang aku dah kemo kali ketiga. InshaAllah nanti proceed untuk yang seterusnya. Aku takut, cuma aku yakin ada Allah, sakit penghapus dosa, terima sakit dengan redha. Jangan stress, stress punca kanser merebak. Tenang-tenang sahaja.
Aku kuat kerana Allah S.W.T, mak, keluarga, sahabat-sahabat dan ada seseorang yang masih setia bersama aku walaupun keadaan aku begini iaitu Muhd Ikram Dasir. Doakan aku tau, panjang lagi perjuangan aku. Kemo tak habis lagi. Terima kasih semua sebab banyak membantu aku. Much of love.
Sumber: Nur Farlena
Semoga semuanya dipermudahkan dan moga Nur Farlena diberikan kesembuhan untuk menjalani hari-hari yang mendatang. Stay strong Nur Farlena!
 

Monday, 12 May 2014

Pandan dan Santan Melebatkan Rambut


pandan, daun pandan
daun pandan
santan, kelapa santan
santan kelapa

Memiliki rambut cantik lagi lebat akan memberikan keyakinan berganda. Walau bagaimana pun tidak semua daripada kita bertuah memilikinya semula jadi. Tidak mengapa dan usah kecewa kerana terdapat petua yang boleh diamalkan. Mulakan dengan menumbuk beberapa helai daun pandan dan dapatkan air perahannya. Setelah itu, campurkan bersama semangkuk santan dan simpan semalaman. Keesokannya, sapukan pada keseluruhan rambut dan biarkan selama 30 minit. Cukup masa, bilas dengan air dan buat beberapa kali sehingga bersih. Amalkan petua ini selama beberapa minggu sehingga mendapat hasil yang diingini.

Sunday, 23 December 2012

Wanita Berbogel Untuk Perubahan

Wanita Berbogel Untuk Perubahan

Wanita Berbogel

Wanita Berbogel Untuk Perubahan 

Stockholm – Alia al-Mahdi, rakyat Mesir yang pernah menggemparkan negara itu dengan gambar bogelnya, kini sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia berbogel untuk membantah draf perlembagaan baru di Mesir. Dengan alasan berbogel untuk perubahan, gambar tersebut disiarkan dalam laman web aktivis FEMEN di Stockholm.

Sambil memegang bendera Mesir, dia menulis perkataan `syariah bukan perlembagaan’ pada badannya. Menurut wanita yang tidak bermaruah itu, dia memilih untuk melakukan perbuatan berkenaan bagi memberitahu kepada pemerintah Mesir, bahawa badan manusia milik awam. “Tentulah jika kita mahu melakukan perubahan, kita perlu melakukan sesuatu biarpun ia tidak disukai,” katanya.

Alia meninggalkan Mesir pada bulan Mac lalu bagi menghadiri satu persidangan di Sweden mengenai keadaan wanita di negara Arab selepas kebangkitan rakyat, tahun lalu. Selepas itu, dia tidak lagi kembali ke tanah airnya, sebaliknya mengemukakan permohonan suaka di Sweden. Dia berdepan hukuman penjara di Mesir susulan tindakannya bergambar bogel sebelum ini.

Sementara keluarganya di Kaherah pula, kata Alia, ditinggalkannya dalam keadaan memalukan dengan mereka terpaksa berdepan dengan kecaman daripada masyarakat setempat akibat tindakan tidak bermoralnya itu. Malah, jiran tetangga pula tidak lagi bertegur sapa dengan keluarganya, semuanya gara-gara Alia yang hilang pedoman itu. Dia baru menganggotai FEMEN, sejak dua minggu lalu.

Alia menjadi popular selepas bergambar bogel dalam blognya, setahun yang lalu. Baru-baru ini, Alia telah dihalang daripada memasuki Perancis untuk mengambil bahagian dalam protes bogel yang dirancang diadakan kedutaan Mesir di Paris. Dalam pada itu, kumpulan pembangkang di Mesir yang turut memprotes rangka perlembagaan baru Mesir bagaimanapun tidak bersetuju dengan tindakan Alia itu.
Bomoh Cabul Murid Perempuan, Dakwa Keluarkan ‘Batu’ Melalui Kemaluan!

Bomoh Cabul Murid Perempuan, Dakwa Keluarkan ‘Batu’ Melalui Kemaluan!

Bomoh 'Ustaz' Dakwa Ada 'Batu' Dalam Badan Anak, Hanya Boleh Dikeluarkan Melalui Kemaluan!
Bomoh Cabul Murid Perempuan, Dakwa Keluarkan ‘Batu’ Melalui Kemaluan! 

ALOR SETAR – Seorang murid perempuan tahun enam di sini trauma selepas menjadi mangsa nafsu serakah bomoh bergelar ‘ustaz’ apabila dipercayai dirogol berulang kali dalam kejadian berasingan di Taman PKNK, sejak awal tahun lalu.

Lelaki berusia 64 tahun itu dikatakan mengambil kesempatan melampiaskan nafsu selepas mangsa ditinggalkan ibunya kepada ‘ustaz’ berkenaan di rumah itu untuk sesi rawatan pada waktu pagi sebelum menjemputnya pada waktu tengah hari.

Ibunya, Asmah, 47, (bukan nama sebenar) berkata, dia tidak menyangka anaknya menjadi mangsa nafsu serakah lelaki itu kerana beranggapan lelaki itu akan cuba membantu anaknya yang didakwanya mempunyai sejenis penyakit dalam badan.
Katanya, dia hanya dapat tahu perkara itu selepas anaknya menceritakan peristiwa hitam itu kepada sepupunya sebelum diberitahu kakaknya.

“Masa itu saya nak buat rawatan kepada mak sebab badan dia sering gatal. Selepas dapatkan rawatan, penyakit mak pulih. Pada masa sama, lelaki itu turut memberitahu anak saya alami sejenis penyakit dalam badan dan perlu rawatan secepat mungkin.
“Saya memang tidak sangka lelaki itu tergamak buat macam ini kepada anak saya sebab saya beranggapan dia akan tolong anak saya betul-betul. Boleh dikatakan selang sehari saya dapatkan khidmat daripada lelaki itu untuk ubati penyakit anak,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu mendakwa anaknya perlu dimasukkan ke dalam sebuah bilik tanpa teman untuk elak gangguan semasa sesi rawatan.
“Percaya dengan kata-kata itu, saya pun tunggu di ruang tamu. Selepas sesi rawatan, ‘ustaz’ itu memaklumkan anak saya mempunyai penyakit misteri, iaitu terdapat batu dalam badannya dan perlu dikeluarkan melalui kemaluan.

“Pada suatu hari, dia sekali lagi minta saya hantar anak ke rumahnya untuk selesaikan rawatan sepenuhnya. Kemudian, saya hantar anak ke rumah lelaki itu sambil ditemani sepupunya, namun lelaki itu menghalau kami pulang kerana membawa teman. Dakwanya kalau bawa teman rawatan tidak boleh dilakukan.

“Bagaimanapun, selang dua minggu kemudian, lelaki itu menghubungi saya dan meminta anak saya datang ke rumah itu secepat mungkin untuk menyelesaikan penyakitnya dan dibenarkan bawa teman. Saya pun tinggalkan anak dan anak saudara yang berumur 16 tahun di rumah itu sebelum menjemput mereka pada waktu tengah hari selepas selesai waktu bekerja,” katanya.

Asmah berkata, dia tidak sangka peristiwa hitam itu akan berlaku setelah anaknya memaklumkan dirinya dirogol lelaki itu sementara anak saudaranya pula dicabul kemaluannya sepanjang berada di rumah itu.

“Selepas mengetahui perkara itu, saya bawa anak dan anak saudara ke Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan. Doktor yang merawat turut mengesahkan bahawa terdapat kesan koyakan pada kemaluannya.

“Saya tidak puas hati dengan perbuatan lelaki itu dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar supaya anak saya mendapat pembelaan sewajarnya,” katanya.
Asmah turut merayu polis bertindak segera kerana laporan sudah dibuat sejak tahun lalu. – Sinar Harian Online

Wednesday, 7 November 2012

Rozita Che Wan Bercuti Bersama VIP?

Rozita Che Wan Bercuti Bersama VIP?

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan Bercuti Bersama VIP? 

 

Belum pun reda isu gambar separuh bogel yang didakwa miripnya, nama Rozita Che Wan kembali hangat diperkatakan.

Ditimpa kontroversi bertimpa-timpa, Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta, kembali dikaitkan dengan hubungan cinta bersama golongan VIP yang lebih kurang sama versinya dengan kisah sebelum ini.

Malah ada pihak mendakwa, penerbangan Che Ta ke Kota London yang ditemani adiknya pelakon, Ayu Raudhah, baru-baru ini turut ‘diselitkan’ dengan kehadiran bekas menteri.
Menurut sumber, bekas menteri itu memberikan tiket kepada Che Ta, berdasarkan nombor tempahan tiket yang sama. Malah kemesraan mereka juga turut mencuri tumpuan krew apabila dilihat bersama dalam penerbangan itu.

Walaupun Che Ta kini berada di Jepun untuk menjalani penggambaran musim terbaru, Kiah Pekasam, berjudul, Kiah Spy Jepun, Zass berjaya mendapatkan penjelasan dari pelakon jelita ini.
“Bekas menteri mana pula ni? Dari mana pula cerita ini timbul? Saya tak faham lah dengan individu yang suka sangat kaitkan saya dengan pelbagai cerita tidak betul ni.

“Saya sendiri tak tahu menteri mana yang dikaitkan dengan saya kali ini. Sejujurnya, saya dah lali dengan situasi seperti ini,” katanya yang bakal muncul dalam program bual bicara, Primadona, bersama Erra Fazira, Ziela Jalil dan Raja Azura.
Sementara itu, berhubung dakwaan gambar separuh bogel miripnya itu, Che Ta nekad untuk menyaman wartawan hiburan tempatan yang cuba mengeruhkan lagi keadaan.

Anak kena tempias

Menyedari pancaroba bergelar anak seni sentiasa mengekori perjalanannya sebagai pelakon, Che Ta sudah lali dengan apa yang berlaku.
Malah, perkara itu sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang dalam industri demi membesarkan dua puteranya, Ammar Effendi, 15 dan Aniq Ezra, 14.

Akui bimbang akan penerimaan anak-anak mengenai kisah kurang enak yang bertebaran, namun, Che Ta bersyukur kerana anak-anaknya sangat memahami dan tidak mudah terpedaya dengan kisah yang sengaja direka oleh pihak tertentu untuk meraih publisiti.
“Alhamdulillah, anak-anak sangat memahami persekitaran kehidupan sebagai selebriti yang sentiasa menjadi tumpuan, walhal cerita itu tidak pernah terjadi.

“Malah, mereka tahu dengan siapa saya berkawan dan apa yang saya buat. Mereka lebih bijak menilai siapa saya,” kata pelakon drama, Bunga-Bunga Syurga ini. – Sinar Harian Online

Saturday, 27 October 2012

Pulau anak patung yang menyeramkan

 

Lebih lima puluh tahun yang lalu, Don Julian Santana meninggalkan isteri dan anak-anaknya, bergerak ke sebuah pulau di Tasik Teshuilo dalam terusan Xochimilco. Menurut sesetengah pendapat, seorang gadis muda sebenarnya tenggelam dalam tasik, sementara kebanyakan orang lain, termasuk saudara-saudaranya, mengatakan Don Julian Santana hanya membayangkan gadis itu tenggelam. Apapun,Don Julian Santana mengabdikan hidupnya untuk roh gadis itu dalam keadaan unik dan menyeramkan.


Don Julian Santana mula mengumpul anak patung dari terusan dan tong sampah berhampiran rumah pulau itu.Beliau juga menukar hasil tanaman untuk mendapatkan anak patung yang lebih banyak.Don Julian Santana tidak membersihkan anak patung atau cuba untuk memperbaiki anak patung yang dia jumpai sebaliknya terus meletakkan patung-patung itu tanpa anggota badan yang lengkap dan dipenuhi kotoran. 

Beliau mengalu-alukan pelawat, dia akan menunjukkan kawasan sekitar, mengenakan bayaran yang murah untuk mengambil gambar.Pada tahun 2001, Don Julian Santana telah dijumpai lemas di kawasan yang sama di mana beliau percaya seorang anak gadis telah meninggal dunia.

   
 

Kinki Ryusaki, Gadis Pembuat Tatu Professional Dari Malaysia

Dia begitu terkenal sehingga mempunyai pengikut mencecah 273,000 dalam facebooknya. Dia juga selalu ditemuramah tak kira dalam surat khabar atau siaran TV. Dia sendiri juga mempunyai pelbagai tatu pada dirinya.










Erin Malek Bergambar Seksi Untuk Kekasih Sebelum Tidur?


Dahulunya pelakon comel ini dikaitkan dengan pelbagai kontroversi. Antaranya Erin Malek pernah membuat pengakuan yang dia bertindik lidah. Malah dia tanpa segan silu menunjukkan’nya kepada kamera.
Terbaru..Erin Malek telah memuat naik gambarnye yang hendak tidur ke laman Instagram. Di faham, walaupun gambar tersebut untuk tatapan umum, tetapi kata-katanya yang ditulis ditujukan khas buat kekasihnya…Walid…

GADIS THAILAND YANG SANGAT CANTIK DAN COMEL

GADIS THAILAND YANG SANGAT CANTIK DAN COMEL | Kecantikan wajah gadis Asia memang tak tertandingi dan sangat mengagumkan. Gadis Thai ini sangat cantik dengan tubuh yang proporsional ditambah lagi dengan kulitnya yang putih bersih.sumber
 
i2fun.com-Thai-girl-20111122142855006
i2fun.com-Thai-girl-20111122142855001
i2fun.com-Thai-girl-20111122142855002
i2fun.com-Thai-girl-20111122142855003
i2fun.com-Thai-girl-20111122142855004
i2fun.com-Thai-girl-20111122142855005