Usianya masih muda, namun disahkan menghidap kanser limfoma. Hati siapa
yang tak risau apabila ditimpa ujian sebegini. Tahu-tahu pula kanser
yang dihidap itu sudah mencapai tahap keempat. Di waktu ini, sokongan
dari orang di sekeliling yang amat diperlukan selain pesakit itu sendiri
perlu bangkit melawan penyakit tersebut.
23 tahun dah hari ini,
start semalam. Hahaha! Aku baru kerja setahun, belum sah jawatan lagi.
Baru nak rasa pikul tanggungjawab itu. Erm, dah sakit. Aku sakit sejak
tahun lepas lagi. Demam berpanjangan sampai dua bulan. Malam-malam,
badan panas sangat.
Hujung bulan 12, sakit belakang pula. Bila x-ray, tiada apa-apa. Rujuk
ortho dan fisio. Aku pergi TCA. Aku banyak MC masa kerja sebab aku tak
tahan sangat. Aku sakit, aku telan ubat tahan sakit. Tak jalan dan masih
sakit tetapi aku masih boleh berjalan.
Awal 2018, aku mula demam balik, batuk dan tumbuh biji-biji di leher.
Huhuhu. Aku jumpa doktor hospital, doktor kampung pun aku jumpa tetapi
masih jgua sakit. Biji-biji itu pula bertambah semakin banyak dan aku
mula semput, berpeluh waktu malam dan cepat letih.
28 April 2018, aku kerja syif pagi. Masa itu memang tengah semput, tapi
SR suruh pergi klinik staff sebab tengok aku tak sihat. Aku naik
motosikal buruk aku pergi klinik staff (nak pergi ED masa tu tapi malu
dan takut sebab aku bukan staff sana dah).
Di klinik staff buat x-ray, ambil darah semua. Doktor kata paru-paru ada
air, lungs teruk sangat dan refer medical, suspek TB pula. Maka admit
wad.
Di wad, aku punya diagnos macam-macam. Buat sputum tiga kali, negatif.
Ambil biopsy di leher, di lung, tak dapat detect juga. Aku dah on ubat
tibi dah, pahit, banyak dan tak sedap pula tu. Huhuhu. Last-last ambil
biopsy di celah paha, ambil biji tu dan seminggu selepas itu baru tahu
limfoma.
Eh, sepanjang aku di wad, aku semput. Dari tak pakai oksigen, kena pakai
high flow mask. Nasib tak intubate. Thanks Dr Janani. Banyak prosedur
dengan dia dan the best doktor ini banyak bagi support dan tolong aku.
Aku kena cucuk sana sini, di belakang, tepi, nak buang air.
Bayangkan apa yang aku rasa?
Pleural taping banyak kali. Chest tube aku tiga kali kena. Kiri kanan
pula tu. Sakit dan pedih tapi nak buat macam mana kan? Kalau tak, aku
semput dan tak boleh bernafas. Seksa weh! Aku rasa saat nak hilang nyawa
itu macam mana. Allah bagi aku rasa.
23 Mei 2018, diagnos cancer lymphome. 24 Mei 2018, dipindahkan ke
Hospital Ampung. Petang, doktor review kata dah stage 4. Aku hilang arah
dah pada waktu itu. Air mata bertan-tan juga. Tengok ak di sebelah,
lagi aku bertambah sedih. Lama kelamaan aku redha dan aku cuba lawan.
Sekarang aku dah kemo kali ketiga. InshaAllah nanti proceed untuk yang
seterusnya. Aku takut, cuma aku yakin ada Allah, sakit penghapus dosa,
terima sakit dengan redha. Jangan stress, stress punca kanser merebak.
Tenang-tenang sahaja.
Aku kuat kerana Allah S.W.T, mak, keluarga, sahabat-sahabat dan ada
seseorang yang masih setia bersama aku walaupun keadaan aku begini iaitu
Muhd Ikram Dasir. Doakan aku tau, panjang lagi perjuangan aku. Kemo tak
habis lagi. Terima kasih semua sebab banyak membantu aku. Much of love.
Sumber: Nur Farlena
Semoga semuanya dipermudahkan dan moga Nur Farlena diberikan kesembuhan
untuk menjalani hari-hari yang mendatang. Stay strong Nur Farlena!
0 comments: