Rozita Che Wan Bercuti Bersama VIP?
Belum pun reda isu gambar separuh bogel yang didakwa miripnya, nama Rozita Che Wan kembali hangat diperkatakan.
Ditimpa kontroversi bertimpa-timpa,
Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta, kembali dikaitkan dengan hubungan
cinta bersama golongan VIP yang lebih kurang sama versinya dengan kisah
sebelum ini.
Malah ada pihak mendakwa, penerbangan
Che Ta ke Kota London yang ditemani adiknya pelakon, Ayu Raudhah,
baru-baru ini turut ‘diselitkan’ dengan kehadiran bekas menteri.
Menurut sumber, bekas menteri itu
memberikan tiket kepada Che Ta, berdasarkan nombor tempahan tiket yang
sama. Malah kemesraan mereka juga turut mencuri tumpuan krew apabila
dilihat bersama dalam penerbangan itu.
Walaupun Che Ta kini berada di Jepun
untuk menjalani penggambaran musim terbaru, Kiah Pekasam, berjudul, Kiah
Spy Jepun, Zass berjaya mendapatkan penjelasan dari pelakon jelita ini.
“Bekas menteri mana pula ni? Dari mana
pula cerita ini timbul? Saya tak faham lah dengan individu yang suka
sangat kaitkan saya dengan pelbagai cerita tidak betul ni.
“Saya sendiri tak tahu menteri mana yang
dikaitkan dengan saya kali ini. Sejujurnya, saya dah lali dengan
situasi seperti ini,” katanya yang bakal muncul dalam program bual
bicara, Primadona, bersama Erra Fazira, Ziela Jalil dan Raja Azura.
Sementara itu, berhubung dakwaan gambar
separuh bogel miripnya itu, Che Ta nekad untuk menyaman wartawan hiburan
tempatan yang cuba mengeruhkan lagi keadaan.
Anak kena tempias
Menyedari pancaroba bergelar anak seni
sentiasa mengekori perjalanannya sebagai pelakon, Che Ta sudah lali
dengan apa yang berlaku.
Malah, perkara itu sedikit pun tidak
mematahkan semangatnya untuk terus berjuang dalam industri demi
membesarkan dua puteranya, Ammar Effendi, 15 dan Aniq Ezra, 14.
Akui bimbang akan penerimaan anak-anak
mengenai kisah kurang enak yang bertebaran, namun, Che Ta bersyukur
kerana anak-anaknya sangat memahami dan tidak mudah terpedaya dengan
kisah yang sengaja direka oleh pihak tertentu untuk meraih publisiti.
“Alhamdulillah, anak-anak sangat
memahami persekitaran kehidupan sebagai selebriti yang sentiasa menjadi
tumpuan, walhal cerita itu tidak pernah terjadi.
“Malah, mereka tahu dengan siapa saya
berkawan dan apa yang saya buat. Mereka lebih bijak menilai siapa saya,”
kata pelakon drama, Bunga-Bunga Syurga ini. – Sinar Harian Online
0 comments: