
Kes Bunuh Eksekutif TV9 Disebut Semula
PETALING JAYA – Mahkamah Majistret hari
ini menetapkan 25 Okt depan untuk sebutan semula kes bunuh eksekutif
pentadbiran stesen televisyen TV9, Nur Syaleza Jaffar.
Majistret
Ahmad Solihin Abd Wahid menetapkan tarikh itu bagi membolehkan Timbalan
Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi mendapatkan laporan kimia dan bedah
siasat.Suami mangsa, Norazman Bashah, 31, bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, antara 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.
Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan dan Muhammad Fadhli Sutris, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – BERNAMA
0 comments: