Sunday, 23 September 2012

Drew Barrymore: Tak sabar timang anak


Drew Barrymore
Drew Barrymore
 
SELAIN penyanyi popular, Shakira, aktres popular, Drew Barrymore turut berkongsi berita gembira mengenai kehamilan anak pertamanya.

Ternyata kehamilan itu memberi seribu makna buat Barrymore bersama suaminya, Will Kopelman yang tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata mereka.

"Wanita mana yang tidak gembira dengan berita seperti ini. Saya dan suami memang tidak sabar untuk melihat anak ini membesar.

"Saya mahu memiliki keluarga yang ceria. Mungkin kehadiran anak ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami," ujar Barrymore yang kini kelihatan semakin berisi.
Previous Post
Next Post
Related Posts

0 comments: