Sunday, 23 September 2012

Carly Rae Jepsen tampil album pertama


Carl y Rae  Jepse n
Carl y Rae Jepse n
 
SETELAH popular dengan lagu Call Me Maybe, penyanyi pop yang berasal dari Kanada, Carly Rae Jepsen kini tampil dengan single terbarunya, Kiss.

Kiss adalah merupakan single utama yang akan dimuatkan dalam album pertamanya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Istimewanya mengenai single dan album yang bakal menyusul ini adalah kolaborasi daripada komposer terkenal, antaranya Max Martin, Dallas Austin, LMFAO’s Redfoo, Toby Gad dan ramai lagi.

"Konsep album pertama yang bakal siap sepenuhnya ini adalah idea yang telah saya kumpulkan sejak beberapa tahun lalu.

Tidak sangka ia bakal menjadi kenyataan.

"Saya gembira kerana dapat bekerjasama dengan penerbit idaman dalam pembikinan album pertama ini. Sememangnya saya tidak sabar untuk berkongsi album ini bersama peminat yang selama ini banyak memberi
sokongan kepada saya," katanya.

Tambah Jepsen, dia mengharapkan kemunculan album ini dapat mengulangi kejayaan single pertamanya, Call Me Maybe yang berjaya menempatkan kedudukan teratas dalam beberapa carta lagu antarabangsa.

Untuk meraikan pelancaran albumnya, Jepsen buat pertama kalinya bakal membuat persembahan dalam sebuah program televisyen popular, The Ellen DeGeneres Show dan So You Think You Can Dance untuk musim terakhir.
Previous Post
Next Post
Related Posts

0 comments: