Nichkhun.
Terbaru, Nichkhun dilaporkan menjadi sebahagian dari sukarelawan di sebuah pusat kesejahteraan Buddha bagi anak-anak cacat di Seoungbuk, Seoul.
Difahamkan Nichkhun telah mengunjungi pusat berkenaan semenjak dua minggu lalu dan pemilihan lokasi itu dibuat kerana dia seorang penganut Buddha. Bagaimanapun, Nichkhun enggan berkongsi perkembangan terbarunya itu kerana bimbang dengan tafsiran negatif sesetengah pihak.
Menurut sumber yang juga seorang pekerja di pusat berkenaan, Nichkhun sedikit pun tidak menunjukkan bahawa dia seorang selebriti dan sibuk melayan kanak-kanak di situ.
"Dia sama seperti sukarelawan lain dan sukar untuk bercakap mengenai masalah yang pernah dihadapinya dahulu. Dia mahu dilayani seperti sukarelawan lain dan bukannya selebriti," ujar sumber terbabit.
Biarpun kes itu telah selesai setelah Nichkhun diarahkan membayar denda, namun Nichkhun masih enggan kembali kepada kumpulannya, 2PM dengan alasan ingin memulihkan diri.
0 comments: