Google Enggan Keluarkan Klip Video Kontroversi
Washington – Google, yang memiliki
YouTube menolak permohonan White House supaya mengeluarkan video klip
kontroversi anti Islam dan menghina Nabi Muhammad S.A.W hingga
mencetuskan keganasan.
White House mengemukakan permintaan itu
Jumaat lalu selepas kedutaannya di beberapa negara seperti di Libya,
Mesir, Tunisia dan Sudan menjadi sasaran serangan penunjuk perasaan.Selain itu, duta Amerika Syarikat di Libya turut dibunuh.
Menurut Google, klip berkenaan adalah selari dengan undang-undang tempatan, sekali gus menolak tekanan politik.
Sementara YouTube pula dalam satu kenyataan memaklumkan akan mengekalkan klim berkenaan.
“Kami bekerja keras untuk membolehkan orang ramai meluahkan pandangan mereka dan ia merupakan satu cabaran apabila perkara itu diterima di sesetengah negara sementara negara lain pula menolaknya.
“Video ini, yang boleh diperolehi dalam web, adalah jelas mengikut garis panduan kami maka ia akan kekal dalam YouTube.
“Bagaimanapun ia disekat di Libya dan Mesir disebabkan berlaku situasi yang sensitif di situ,’’ katanya.
White House membuat tuntutan berkenaan pada hari sama di mana penerbit filem itu, Nakoula Basseley Nakoula disiasat kerana mencabul terma pembebasannya daripada penjara.
Basseley dibebaskan daripada penjara dan diletakkan dalam pemerhatian pada bulan Jun lalu selepas didapati bersalah melakukan penipuan bank pada 2010.
Filemnya mencetuskan kontroversi hingga mengakibatkan bantahan di lebih 20 negara manakala Al-Qaeda pula meminta
supaya lebih banyak protes diadakan termasuk saranan agar lebih ramai diplomat Amerika Syarikat dibunuh.
0 comments: