Wednesday, 19 September 2012

Sinopsis Drama Cinta Jangan Pergi-Tiz Dan Remy Bercuti Ke Eropah

Satu lagi drama yang bakal di arahkan oleh pengarah kreatif, Kabir Bhatia yang akan menemui penonton tidak lama lagi bertajuk Cinta Jangan Pergi. Seperti dramanya yang meletup sebelum ini bertajuk Nurkasih, sekali lagi pasangan yang sedang hangat bercinta Remy Ishak dan Tiz Zaqyah sebagai watak utamanya.

Sinopsis drama bersiri Cinta Jangan Pergi.
Lea merupakan seorang wanita yang sangat teratur dalam menguruskan hidupnya. Cinta Jangan Pergi menceritakan kisah percintaan Lea Soraya (Tiz) dan Khalil (lakonan Remy) yang sama-sama menuntut di sebuah universiti di London. 
Drama terbaru Tiz dan Remy-Cinta Jangan Pergi

Tiz dan Remy bercuti di Eropah
Tiz juga berkongsi rasa terujanya apabila dia dan Remy bakal bercuti ke Eropah, seterusnya menjayakan penggambaran drama arahan Kabir Bhatia iaitu Cinta Jangan Pergi pada pertengahan bulan Oktober ini.

"Mungkin 15 atau 18 Oktober ini saya akan terbang ke Eropah untuk menjayakan penggambaran drama Cinta Jangan Pergi bersama Remy. Sesi penggambaran akan diadakan di beberapa lokasi seperti London, Paris dan New Zealand yang memerlukan kami berada di sana selama 20 hari," ulasnya yang sekali lagi akan menjayakan watak kekasih kepada Remy dalam drama 26 episod itu.

Mengulas mengenai wataknya dalam drama tersebut, ujar Tiz, dia membawakan watak Lea Soraya yang memerlukannya berambut pendek.

Menurut Tiz, dia sangat berbesar hati melakonkan watak Lea Soraya kerana penulis skrip tersebut iaitu Mira Mustaffa yang juga isteri kepada Kabir Bhatia, mengilhamkan watak tersebut khusus buat dirinya.

Ulas Tiz, drama bersiri tersebut akan ditayangkan di TV9 selepas tamat sesi penggambaran kelak.
Tiz Zaqyah jadi duta May
Kisah terbaru percintaan Remy dan Tiz
Tahu hakikat bercinta lama bersama Remy Ishak bakal mengundang 1001 masalah kepada hubungan mereka, akui Tiz Zaqyah, dia sanggup menghadapinya.

"Ya, saya boleh terima apa jua keadaan pada hubungan kami ini," jelasnya ringkas tatkala diajukan soalan tentang dia tidak gentar bercinta lama dengan Remy. Hubungan cinta mereka boleh dihitung melebihi usia dua tahun.

Tidak meletakkan sasaran bila mereka akan berkahwin, ulas Tiz, dia hanya berserah kepada jodoh.

Katanya, jika ditakdirkan mereka berkahwin dalam masa terdekat ini, dia tidak menolak ketentuan itu.

"Saya tidak merancang dan meletakkan sasaran bila akan berkahwin. Kalau ada jodoh saya kahwin. Kalau dalam masa terdekatpun saya terima. Namun begitu saya juga berharap ketika itu keadaan saya sudah stabil," ulasnya ketika ditemui pada majlis pengumuman duta terkini produk kecantikan May di Flora Terrace, Kuala Lumpur.

Tiz sendiri enggan mengulas lanjut mengenai hubungannya bersama Remy kerana memang pendiriannya tidak mahu menjaja kisah peribadinya melebihi kisah kerjaya lakonan.

Bagaimanapun, pada hari itu, dia berkongsi cerita cintanya bersama media kerana ingin menutup spekulasi bahawa hubungannya dengan Remy dilanda masalah.

Ini kerana sebelum ini banyak spekulasi mengenai hubungan mereka timbul. Ada yang mengatakan hubungan mereka sudah putus selepas isu Remy tidak menerima layanan yang baik dari Tiz ketika pelakon filem Jiwa Taiko itu sakit.

Ada juga mendakwa Tiz tidak tahan lagi dengan sikap panas baran Remy, namun semuanya itu sekadar gosip yang mematangkan hubungan mereka.
Previous Post
Next Post
Related Posts

0 comments: