Sunday, 23 September 2012

Penemuan tengkorak gemparkan penduduk


Penemuan tengkorak gemparkan penduduk
Keratan akhbar Sinar Harian edisi Pahang semalam
 
PEKAN - Penduduk di Kampung Sungai Miang gempar dengan penemuan tengkorak dan beberapa bahagian badan manusia dalam satu kawasan hutan di kampung itu.

Penemuan mayat berkenaan menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanda tanya sama ada kejadian itu ada kaitan dengan kes kehilangan seorang warga emas sejak 15 September lalu.
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan berkenaan serta kaitan kes itu dengan kehilangan warga emas tersebut.

"Siasatan bagaimanapun masih dijalankan bagi mengenal pasti identiti pemilik sebenar tengkorak berkenaan.
"Bantuan pasukan forensik digunakan bagi menjalankan siasatan lanjut di kawasan penemuan bagi membantu siasatan," katanya.
Sinar Harian hari ini melaporkan, seorang warga emas  dikatakan tidak pulang ke rumah seperti biasa dari premis menjual alat binaan di Taman Indah, Peramu Jaya 1, sejak 15 September lalu selepas dikatakan ke bandar  atas urusan perniagaan bersama individu tidak dikenali.

Susulan kehilangannya, satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan pada hari kejadian.
Previous Post
Next Post
Related Posts

0 comments: