Gambar Hiasan
Amanda Jean Linscott telah bertemu dengan seorang lelaki ketika beliau dan kawannya singgah di bar di Port Charlotte awal September yang lalu.
Ketika malam menjelma, ketiga-tiga mereka pulang ke rumah lelaki tersebut, di mana rakan Linscott dilaporkan telah mengadakan hubungan seks dengan mangsa.
Mereka berdua kemudiannya meninggalkan rumah tersebut.
Lelaki berkenaan mendakwa rakan Linscott telah memintanya wang, dan dia memberi $120 kepadanya. Lewat malam itu, mangsa telah menghubungi rakan Linscott sekali lagi. Ketika mangsa tiba, hanya Linscott yang muncul.
Wajah Linscott setelah ditumbuk
Mangsa mendakwa Linscott telah meminta wang kepadanya, namun mangsa memberitahu dia tidak membawa sesen pun. Linscott kemudiaanya bertindak mengacukan revolver di kepala mangsa.
Akibat takut ditembak, mangsa kemudiannya menumbuk mula Linscott. Senjata yang dipegang Linscott akhirnya terjatuh.
Ketika mereka berdua bergelut di dalam kereta, mangsa hilang kawalan dan berlanggar pada sebatang pokok.
Linscott melarikan diri. Beliau kemudiaanya ditahan dan tidak dibenarkan diikat jamin
0 comments: