Pada tahun 2004, pakar-pakar doktor seluruh dunia akhirnya berjaya
menyelesaikan kes yang sangat jarang berlaku iaitu seorang wanita
bersetubuh dengan orang lain dalam keadaan dia sedang tidur.
Pada waktu malam semasa tidur, seorang yang umurnya dalam pertengahan
jagung dan beliau dari negara Australia, dalam keadaan beliau tidur, dia
meninggalkan rumahnya dan bersetubuh dengan orang yang tidak
dikenalinya. Tingkah laku ini berterusan selama berbulan-bulan dan
wanita ini tidak ingat langsung aktiviti malam yang dia lakukan.
Mengikut keterangan, dia berasa hairan kerana apabila beliau bangun dari
tidurnya, terdapat banyak kondom bertaburan di sekitar rumah. Pada
suatu ketika, kawannya bangun dari tidur untuk mencari beliau yang
telah hilang, semasa dijumpai, beliau ini sedang melakukan setubuhan.
Ketidakpercayaan adalah faktor utama dalam kes-kes seperti ini. Tetapi
gabungan faktor ini, doktor yakin bahawa kes itu adalah satu fenomena
penyakit tidur berjalan sebenar, termasuk kesusahan pasangan itu, dan
penilaian klinikal mendalam. Dia berhenti keluar pada waktu malam
selepas menerima kaunseling dari psikiatri. Tidak perlu menggunakan
ubat-ubatan dadah seperti benzodiazepin, yang kadang-kadang digunakan
untuk merawat penyakit tidur berjalan.
0 comments: