Kumpulan Pertama Jemaah Haji Berlepas Awal Pagi Kemarin
SEPANG – Seramai 320 jemaah haji pertama
berlepas ke tanah suci pada jam 1.30 pagi ini dengan penerbangan Saudi
Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.
Pengerusi
KL Airport Services Sdn Bhd (KLAS), Datuk Abdul Mutalib Muhamed Razak
berkata, untuk tahun ini, 61 penerbangan pergi jemaah haji dikendalikan
KLAS menerusi Saudi Airlines.“Kira-kira 14,000 jemaah haji menggunakan penerbangan Saudi Airlines tahun ini, separuh daripada jumlah keseluruhan jemaah iaitu seramai 28,000,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu pada satu majlis ringkas, beliau menyampaikan sumbangan makanan dan minuman kepada jemaah penerbangan pertama itu.
Seramai 600 pegawai dan petugas Tabung Haji kini berada di Madinah dan Makkah bagi menguruskan jemaah haji negara ini.
Penerbangan terakhir ke tanah suci yang dikendalikan KLAS ialah pada 18 Oktober manakala penerbangan pertama pulang ke tanah air pula dijadual 1 November. – BERNAMA
0 comments: