Hassan Nasrallah - Foto EPA
Bercakap kepada televisyen Hezbollah, al-Manar malam tadi, Hassan Nasrallah berkata, sedutan filem itu yang boleh diakses atas talian mencerminkan satu bentuk "perang" ke atas Islam dan Nabi Muhammad.
"Kita perlu menekankan kesedaran di kalangan Muslim dan Kristian bahawa tidak harus ada persengketaan di mana-mana negara atau di mana-mana tempat di dunia," kata Hassan.
Katanya, mereka yang mengeluarkan filem dan pihak yang menyokong mereka harus bertanggungjawab dan "dibawa ke muka pengadilan, dan dihukum dan dipulau."
"Dan, Amerika Syarikat berada di barisan depan mereka yang terlibat," kata beliau lagi.
Hassan berkata, masyarakat Islam telah menggesa Kerajaan Amerika Syarikat (AS) supaya menyekat filem tersebut tetapi "pentadbiran AS tidak melakukan apa-apa."
"Alasan mereka yang sedia diketahui ialah kebebasan - kebebasan bersuara, nilai-nilai Amerika dan sebagainya," katanya.
Sehubungan itu katanya, perlu ada tindakan antarabangsa, dikuatkuasakan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa, untuk mendakwa mereka yang menghina Islam, Kristian dan juga agama orang Yahudi.
0 comments: