Wednesday, 29 December 2010

Penyokong Malaysia Bersedia Gegarkan Stadium Gelora Bung Karno


BEKALAN tiga gol dibawa pasukan negara ke Stadium Gelora Bung Karno boleh dianggap selesa andai pemain negara mampu menyerap tekanan beraksi di depan puluhan ribu penyokong fanatik pasukan tuan rumah hari ini.

Namun mereka tidak bersendirian berjuang kerana sekumpulan 300 penyokong pasukan kebangsaan memperjudikan keselamatan yang menjadi faktor tidak diberi jaminan.




Peminat dari Selangor, Kelantan dan Johor yang dikumpulkan Kelab Penyokong Bola Sepak Selangor (SSFC) dan Gerbang Tempur Penyokong Bola Sepak Malaysia (Ultras Malaya) berlepas ke Jakarta, semalam.

Presiden SSFC, Mohd Nasir Mohd Yunus berkata kehadiran penyokong negara di sana itu sudah dimaklumkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai jaminan keselamatan.


Penyokong Malaysia tidak perlu takut kerana kekalutan mungkin hanya berlaku ketika perlawanan saja dan tidak akan merebak di luar stadium namun saya ingatkan penyokong agar sentiasa berwaspada,” katanya.


berita lanjut sila ke : myMetro


suarapeople : garuda pasti menjadi pipit !!!! ayuh harimau! makan sama garuda!
Previous Post
Next Post
Related Posts

0 comments: